KESATUAN Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam mendukung dan melaksanakan dasar serta polisi yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya berkenaan dengan pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). KGMMB percaya setiap dasar pendidikan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk memperkasa sistem pendidikan negara dan meningkatkan kualiti pembelajaran murid secara menyeluruh. Sehubungan itu, KGMMB akan terus memainkan peranan…










