WALAUPUN generasi strawberi membawa potensi baharu dari segi kreativiti, kesedaran sosial dan empati, mereka sering berdepan tanggapan serong. Antara label negatif sering dilekatkan ialah manja, lembik, tidak setia dalam pekerjaan dan cepat melatah terhadap tekanan. Dalam konteks tugasan kerja, tenaga kerja daripada generasi ini sering dilihat kurang fokus, sukar menerima kritikan dan tidak berdisiplin dalam pekerjaan. Namun, tanggapan ini perlu dilihat dalam konteks sosial lebih meluas. Generasi terdahulu membesar dalam…










