SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-58, sambil menekankan kepentingan integriti melalui inisiatif Keep Malaysia Clean (KMC). Inisiatif ini sejajar dengan aspirasi membina Malaysia yang bersih, telus dan bermaruah. Rasuah bukan fenomena baharu dalam sejarah peradaban manusia. Ia ibarat racun yang mampu melemahkan pentadbiran, meruntuhkan tamadun dan menjejaskan keyakinan pelabur luar. Kelemahan sistem, prosedur dan ketiadaan jati diri individu sering menjadi punca perbuatan rasuah berlaku. Amalan…










