REALITI masa kini menunjukkan semakin ramai pasangan bercerai yang menzahirkan pertelingkahan secara terbuka di media sosial. Ada yang menghina dan memburukkan bekas pasangan sehingga menjejaskan maruah diri serta mencerminkan kemerosotan akhlak pasca perceraian. Perbuatan ini bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 229 yang menegaskan prinsip tasrih bi ihsan, iaitu berpisah dengan cara yang baik. Menurut Ibn Kathir, prinsip ini menuntut perceraian dilaksanakan mengikut ketentuan syariat, bukan berpaksikan…










