SEBAGAI sebuah negara Islam yang berdaulat, Malaysia seharusnya menampilkan identiti seni bina Islam dalam sistem pendidikan. Ini kerana ia bukan sekadar tentang kubah atau motif arabesque tetapi falsafah ruang yang berteraskan nilai-nilai Islam seperti keseimbangan (mizan), kasih sayang (rahmah), keharmonian (tawazun) dan keterbukaan (futuh). Dalam tradisi Islam, seni bina dilihat sebagai manifestasi tauhid, yakni kesatuan antara manusia, alam dan pencipta. Maka, setiap ruang mesti membawa unsur ketenangan, keindahan dan fungsi…










