APABILA matahari terbit di ufuk timur, bayangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang megah memantul di tasik tenang Taman Tasik Shah Alam cerminan lambang keharmonian antara pembangunan dan alam. Di sebalik panorama itu tersimpan kisah 25 tahun perjalanan sebuah bandar raya yang tidak sekadar membangun tetapi membina jiwa, identiti dan masa hadapan. Tahun ini, Shah Alam menyambut Jubli Peraknya sebagai bandar raya pintar dan lestari. Sejak diisytiharkan pada 10…










