SETIAP kali isu pendidikan dibincangkan, timbul cadangan agar pelajar Malaysia menguasai sehingga tiga bahasa bagi menjamin masa depan negara. Hujah ini kedengaran menarik tetapi perlu dilihat dengan lebih kritis. Persoalan sebenar yang perlu kita tanyakan ialah adakah benar kemajuan sesebuah negara ditentukan oleh banyaknya bahasa asing yang dipelajari oleh rakyatnya? Atau sebenarnya ia bergantung kepada sejauh mana rakyat berpegang teguh kepada bahasa kebangsaan yang menjadi nadi tamadun sendiri? Hakikat yang…