KITA bersyukur semua pejuang misi kemanusiaan Sumud Flotilla selamat walaupun ‘ditawan’ tentera Zionis Israel. Insiden ini bukan sekadar episod pelayaran tetapi simbol keberanian insan kecil yang menentang keangkuhan kuasa besar. Sejak awal, pelayaran misi kemanusiaan ke Gaza memang mendapat dukungan kuat dari seluruh dunia, merentas agama, bangsa dan negara. Ia bukan sekadar ucapan protes politik yang lazim didengar tetapi sebuah tindakan nyata mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan penduduk Gaza daripada kezaliman…