FENOMENA rasisme atau perkauman merupakan isu global yang tidak pernah reda sepanjang sejarah peradaban manusia. Ia merentasi sempadan geografi, budaya, malah agama. Di Malaysia, sebuah negara majmuk yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak serta komuniti kecil lain. Cabaran menanganinya amat besar. Rasisme bukan sekadar prejudis antara individu tetapi juga boleh menjelma dalam bentuk diskriminasi institusi, ketidakadilan sosioekonomi dan retorik politik yang memecahbelahkan masyarakat. Justeru, usaha…