MEMBACA kisah kejayaan perniagaan keluarga sering menjadi inspirasi, tanpa mengira latar belakang atau usia. Di Malaysia, Naza Group, diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin bermula hanya dengan menjual kereta terpakai. Beliau akhirnya mengembangkan empayar ke sektor automotif, hartanah dan hospitaliti. Hari ini, legasi tersebut diteruskan anak-anaknya dengan mengekalkan nilai asas seperti visi, kerja keras, disiplin dan pengurusan berstrategi. Kejayaan ini membuktikan asas kejujuran dan saling mempercayai menjadi…