BARU-BARU ini kita kembali dikejutkan dengan laporan media mengenai kes buli di tempat kerja yang membawa kepada kesan mental dan fizikal. Situasi ini sering kali disalah erti sebagai tekanan kerja biasa atau konflik interpersonal, sehingga dibiarkan berlarutan dan memusnahkan semangat serta produktiviti mangsa. Hakikatnya, polisi semata-mata tidak berkesan tanpa usaha yang proaktif dan berterusan. Pendekatan yang paling kritikal untuk membendung wabak ini ialah melalui pelaksanaan latihan secara profesional dan berkala.…