PADA ketika dan waktu ini, 47 buah kapal dalam misi kemanusiaan menuju ke Gaza, bumi Palestin, ada yang sudah sampai ke zon merah menuju Gaza. Tanpa senjata, mereka tekad meneruskan pelayaran dengan kapal yang hanya dipenuhi dengan bahan-bahan makanan, ubatan dan keperluan harian buat masyarakat yang disekat hak mereka demi kelangsungan hidup. Melibatkan penyertaan lebih daripada 44 buah negara, misi ini turut disertai oleh sukarelawan lelaki dan wanita daripada Malaysia…