DAHULU, kecerdasan buatan (AI) sering dianggap ancaman yang bakal menggantikan manusia, namun kini ia digambarkan sebagai rakan strategik yang mampu memperkasa keupayaan. Persoalannya, apakah teknologi ini benar-benar memperkukuh kreativiti manusia atau sebaliknya semakin menggadaikannya? Dalam pembangunan sistem dan aplikasi, platform seperti ChatGPT digunakan oleh pembangun untuk menjana kod, membina antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) dan mencari penyelesaian teknikal dalam masa singkat. Bidang rekabentuk, animasi dan poster juga berubah dengan kehadiran…