PLATFORM pembelajaran dalam talian, Coursera baru-baru ini menjadi salah satu aplikasi generasi pertama OpenAI yang dilancarkan dalam ChatGPT sempena OpenAI DevDay. Kerjasama ini menandakan kali pertama sebuah platform pembelajaran dalam talian diintegrasikan secara langsung ke dalam ChatGPT, menjadikan kandungan pendidikan bertaraf dunia lebih mudah diakses oleh ratusan juta pengguna di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, di mana pendaftaran kursus berkaitan Generative AI (GenAI) meningkat sebanyak 183 peratus berbanding tahun sebelumnya.…










