UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Pusat Bahasa menganjurkan Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Bahasa 2025 (LaRIC2025) secara dalam talian dengan penyertaan pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT), menghimpunkan penyelidik, pendidik dan pelajar dari seluruh negara. Memasuki edisi kedua, LaRIC2025 mengangkat tema ‘Bahasa sebagai Pemangkin Perpaduan: Inovasi dalam Pendidikan Bahasa’, yang menekankan bahasa sebagai wahana pendidikan, integrasi budaya dan pembinaan masyarakat berpengetahuan. Pertandingan ini menjadi platform penting dalam memperkasa wacana akademik serta…