SEKOLAH ialah institusi asas yang membentuk masa hadapan generasi muda, bukan sahaja dari segi akademik, malah dalam pembinaan sahsiah dan kesejahteraan emosi. Namun, hakikatnya pelajar kini berdepan tekanan hebat antara persaingan akademik, masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya dan fenomena buli yang semakin membimbangkan. Hal ini menuntut satu bentuk sokongan profesional yang lebih mantap dalam sistem kaunseling sekolah. Realitinya, kaunseling di sekolah masih bergantung kepada guru bimbingan dan kaunseling. Walaupun mereka…









