KECANGGIHAN teknologi kecerdasan buatan (AI) mengubah cara manusia berkomunikasi. Aplikasi terjemahan segera yang mampu menterjemah perbualan dalam masa nyata semakin meluas digunakan, bukan sahaja dalam bidang pelancongan tetapi juga pendidikan, diplomasi dan perniagaan global. Namun, timbul persoalan yang semakin relevan, adakah pembelajaran bahasa asing masih diperlukan pada era teknologi AI begitu dominan? Jawapannya, ya. Walaupun alat terjemahan pintar semakin canggih, penguasaan bahasa asing tetap penting. Bahasa bukan sekadar medium komunikasi…