PELAN Tindakan Kebangsaan mengenai Wanita, Keamanan dan Keselamatan (NAP WPS 2025–2030) pertama Malaysia dilancarkan bersempena 2025 Sidang Kemuncak ASEAN Wanita, Keamanan dan Keselamatan di Putrajaya. Pelan ini menekankan kepentingan memperkukuh peranan wanita dalam keamanan dan keselamatan sebagai syarat utama bagi memastikan pembangunan negara yang inklusif dan mampan. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan aspirasi yang terkandung dalam NAP WPS dapat diterjemahkan kepada tindakan nyata yang memberi manfaat kepada masyarakat.…