GEJALA buli dalam kalangan pelajar, sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT) semakin membimbangkan. Ia bukan sekadar melibatkan penderaan fizikal dan emosi malah boleh membawa kepada tragedi seperti kematian. Walaupun pelbagai kempen kesedaran diadakan, namun buli masih berulang kerana punca akarnya belum ditangani secara menyeluruh. Dalam Islam, pencegahan tingkah laku negatif seperti buli bermula dengan menanamkan nilai ihsan, iaitu kesedaran kita sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Konsep ini…