SEKTOR perkhidmatan awam perlu berani berubah dalam era globalisasi dan pasca pandemik yang penuh ketidaktentuan. Bergantung kepada prosedur tradisional tidak lagi mencukupi. Sebaliknya, peluang besar hadir melalui penggunaan teknologi digital, kepimpinan transformatif dan budaya organisasi inklusif. Digitalisasi kini bukan sekadar trend tetapi keperluan strategik untuk memastikan perkhidmatan awam kekal relevan, cekap dan dipercayai rakyat. Cabaran semasa seperti struktur organisasi kaku, latihan tidak bersasar serta kekurangan keberanian mencuba perkara baharu wajar…










