TERDAPAT ibu bapa yang menghantar anak-anak nakal dan tidak terkawal ke sekolah agama dengan harapan pendidikan dapat mendisiplinkan mereka. Sayangnya, kes Zara Qairina Mahathir dan Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman berlaku di sekolah agama. Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyuarakan kebimbangan mengenai kes buli yang tidak dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah swasta dan tahfiz. Saya menyanjung tinggi hasrat sekolah-sekolah agama untuk melahirkan…










