ADAKAH merancang keluarga bermakna menolak rezeki? Soalan ini masih menjadi kekeliruan dalam kalangan sebahagian masyarakat. Hakikatnya, perancangan keluarga bukanlah penolakan terhadap rezeki, sebaliknya tanggungjawab dalam membina keluarga yang sejahtera. Setiap 26 September, dunia menyambut Hari Kontraseptif Sedunia bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perancangan keluarga. Di Malaysia, Kempen Bulan Perancang Keluarga 2025 dijalankan sepanjang bulan September bagi menekankan pentingnya kesihatan reproduktif dan kesejahteraan keluarga. Merancang keluarga tidak hanya bermaksud mengelak kehamilan.…