KEPUTUSAN Pas mahu menggunakan logo sendiri di negeri-negeri SG4 (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis) bukan sekadar soal strategi tetapi lambang keangkuhan politik. Pas seolah-olah mahu membuktikan mereka cukup kuat untuk berdiri sendiri. Namun, sejarah dan realiti politik Malaysia membuktikan sebaliknya. Walaupun muncul sebagai antara parti terbesar di Parlimen ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), perlu diingatkan itu bukan kejayaan Pas semata-mata sebaliknya kekuatan kuasa baharu ketika itu iaitu Perikatan Nasional…










