Buli: Mengenali punca, mencegah kezaliman

Buli: Mengenali punca, mencegah kezaliman

BULI boleh mencederakan emosi dan psikologi mangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FENOMENA buli melibatkan pelajar sekolah, mahasiswa, bahkan golongan dewasa sama ada fizikal, verbal dan siber semakin membimbangkan.

Ia bukan sekadar mencederakan emosi dan psikologi mangsa tetapi menghakis nilai kemanusiaan dan menormalisasi kezaliman dalam masyarakat.

Islam menegaskan sebarang bentuk penindasan, walau kecil, tetap berdosa. Firman Allah SWT: “Berlaku adillah, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa” (Surah al-Ma’idah: 8). Namun, perbuatan menghina dan menyakiti sering dianggap gurauan, menyebabkan ramai mangsa mengalami trauma jangka panjang.

Terdapat empat faktor utama pendorong kepada budaya buli:
– Keluarga yang kurang kasih sayang: Rumah tangga yang gagal menanam nilai empati dan adab sering melahirkan anak keras hati. Mereka mencari pengiktirafan melalui dominasi atau menindas orang lain.
– Kekosongan rohani dan penyakit hati: Individu yang tidak dididik dengan nilai agama mudah dipengaruhi iri hati, rendah diri, dendam atau rasa ingin menunjuk kuasa.
– Persekitaran toksik dan tekanan sosial: Budaya senioriti dan pengaruh rakan sebaya menjadikan buli sebagai norma.
–  Pengaruh media massa: Filem, drama dan kandungan digital yang menormalisasikan kekasaran dan keganasan menjadikan masyarakat kebal emosi. Islam pula menuntut agar kita berkata baik dan menjaga maruah insan.

Budaya buli tidak lahir secara spontan tetapi berpunca daripada kelemahan institusi keluarga, jiwa yang kosong, pengaruh sosial negatif dan normalisasi keganasan media.

Pencegahan memerlukan kerjasama keluarga, guru, masyarakat dan pihak berkuasa. Kasih sayang, empati dan keadilan mesti dijadikan asas dalam membina masyarakat berakhlak sesuai dengan tuntutan Islam yang mencegah kemungkaran dan menegakkan kebaikan.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. AZRI BHARI
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) & Ahli Jawatankuasa Pembangunan Wakaf dan Zakat, Majlis Agama Islam
dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN