TERDAPAT peruntukan undang‑undang yang jelas mengenai penggunaan tidak wajar lambang negara. Perundangan sedemikian bertujuan melindungi martabat nasional dan mencegah penggunaan yang boleh mencetuskan kekeliruan atau penghinaan. Dalam konteks ini, paparan Jalur Gemilang secara terbalik, terutamanya di lokasi rasmi, boleh memenuhi unsur ‘penggunaan tidak wajar’ menurut akta‑akta yang mengawal lambang kebangsaan. Akta jenayah mengandungi seksyen yang menjenayahkan penghinaan sengaja dan tindakan yang bercanggah dengan ketenteraman awam. Mengibarkan bendera secara terbalik dalam…