HIMPUNAN Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) menggesa kerajaan menolak Deklarasi New York mengenai Penyelesaian Aman Persoalan Palestin yang tidak adil dan berat sebelah. Deklarasi yang dikeluarkan pada 30 Julai lalu dan disokong oleh Perancis, Arab Saudi, Liga Arab, Kesatuan Eropah serta 17 negara lain mengandungi beberapa kelemahan serius. Pertama, deklarasi ini secara selektif mengutuk Hamas tanpa mengiktiraf hak rakyat Palestin menentang penjajahan menurut undang-undang antarabangsa, sambil mengabaikan 76 tahun pendudukan haram…