KAJIAN Merdeka Center pada Mei lalu menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri naik ke 55 peratus dan kepercayaan kepada kerajaan naik ke 50 peratus. Namun, hanya 43 peratus rakyat yakin negara berada di landasan betul, manakala separuh lagi tetap pesimis (negatif). Walaupun terdapat sedikit peningkatan, ia belum cukup untuk memulihkan kepercayaan sepenuhnya. Tambahan pula, kajian Ipsos Populism Report 2025 mendapati 68 peratus rakyat percaya jurang terbesar wujud di antara rakyat biasa…