Tanah terbiar atasi perdagangan global

Tanah terbiar atasi perdagangan global

SUDAH tiba masanya kita merubah landskap tanah terbiar sebagai sumber pendapatan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM sidang khas Parlimen mengenai tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) sebelum ini, Ketua Pembangkang menyarankan negara meningkatkan pengeluaran pertanian dan mengurangkan import makanan untuk mengatasi cabaran perdagangan global masa kini. Langkah tersebut akan memenuhi tiga objektif utama iaitu merupakan langkah mensubstitusikan import makanan yang dapat. Kedua, meningkatkan hasil keluaran negara dan ketiga menerokai sumber dalaman.

Presiden AS, Donald Trump yang sedang melaksanakan slogan ‘Amerika dahulu’ dan ‘Kayakan Amerika semula’ mengambil tindakan berani mengenakan tarif secara bilateral dengan semua negara di dunia.

Sebelum keadaan menjadi parah baiklah kita kembali ke pangkal jalan. Ketamadunan dunia barat di mulakan dengan revolusi pertanian kemudian menyusul revolusi perindustrian AS, Eropah, China dan Jepun mengikuti acuan ini.

Pertanian menjadi terabai disebabkan sikap orang Malaysia yang hendak makan gaji. Penghijrahan belia luar bandar bermula pada 1950-an apabila rakyat mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan kerajaan.

Tahun 70-an menyaksikan kerajaan melalui Rancangan Malaysia memesatkan perkhidmatan dengan membuka lebih banyak jabatan/agensi baharu termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sekolah berasrama mengakibatkan penghijrahan besar-besaran belia kampung menuju ke bandar.

Kerajaan berusaha memajukan luar bandar dengan menubuhkan lebih 15 jabatan/agensi baharu untuk tujuan ini tetapi matlamatnya tidak tercapai sehingga hari ini. Sebaliknya jabatan agensi tersebut menjadi tempat bekerja belia-belia kampung.

Bagaimana belia hendak kekal di kampung jika tiada apa yang boleh diusahakan. Bahkan harga tanah ketika ini meningkat 200 kali ganda disebabkan spekulasi.

Mentaliti yang menjadi penyumbang utama keabaian pertanian adalah sikap ‘menyimpan’ geran tanah pertanian oleh segelintir rakyat yang ingin jadi kaya tanpa banyak usaha.

Malaysia memiliki tanah subur yang kaya, namun banyak kawasan pertanian termasuk hutan belukar, dusun terbiar dan sawah berproduktiviti rendah masih belum diusahakan sepenuhnya. Keadaan ini kian menular ke Sabah dan Sarawak.

Sudah tiba masanya kita merubah landskap ini supaya menjadi ladang yang mengeluarkan hasil pertanian bernilai seperti buah-buahan, sayuran, jagung, bawang dan tebu.

Kerajaan perlu menetapkan syarat dalam geran agar setiap tanah pertanian wajib diusahakan, serta menyemak semula kadar cukainya. Pertanian moden harus berskala estet, efisien dan menguntungkan. Tanah pertanian bukan sekadar aset diam, ia wajar dimanfaatkan sebagai sumber kekayaan negara.-UTUSAN

MOHAMED YUSOFF YAHYA
Batu Gajah, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×