Tanggal 31 Ogos setiap tahun menjadi detik bersejarah yang sentiasa dinanti-nantikan. Dalam era moden hari ini, masih ada pihak yang beranggapan generasi Z (Gen Z) semakin leka dan tidak menghayati makna sebenar kemerdekaan. Pandangan secara pukul rata ini tidak adil dan tersasar jauh daripada realiti sebenar. Tidak dinafikan, segelintir anak muda nampak lebih leka dengan gajet dan media sosial, namun masih ramai antara mereka mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Malah,…