DI sebalik pagar tinggi dan jadual harian yang padat, kehidupan pelajar asrama sering terasing daripada realiti masyarakat luar. Sistem asrama sememangnya bertujuan membentuk disiplin dan fokus akademik, namun kekangan terhadap akses maklumat seperti akhbar, televisyen atau media digital menyebabkan ramai pelajar kurang peka terhadap isu semasa termasuk buli. Ketiadaan pendedahan kepada laporan berita atau kisah benar tentang kesan buli menjadikan pelajar tidak menyedari betapa seriusnya perbuatan tersebut. Tanpa gambaran jelas…