Tingkat literasi digital untuk daya saing negara

Tingkat literasi digital untuk daya saing negara

LEBIH sejuta rakyat menyertai program AI untuk Rakyat dalam tempoh enam bulan, melepasi sasaran awal yang ditetapkan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INISIATIF Rakyat Digital digerakkan besar-besaran untuk meningkatkan literasi digital di seluruh Malaysia. Inisiatif ini bertujuan membekalkan rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia berasaskan teknologi.

Usaha ini selari dengan agenda negara yang mengiktiraf keupayaan digital dan kecerdasan buatan (AI) sebagai pemacu penting kepada pertumbuhan ekonomi global dan daya saing.

Melalui kerjasama awam-swasta, ia membekalkan rakyat dengan kemahiran digital yang penting, sekali gus membentuk masyarakat yang berpengetahuan dan berdaya digital.

Rakyat Digital menyatukan kerajaan dan rakan industri dari seluruh negara, termasuk penyumbang seperti Cybersecurity Malaysia, Intel, iTrain, Microsoft, Trainocate dan lain-lain. Mereka bersama-sama menyediakan modul atas talian yang praktikal dan interaktif untuk memperkukuh keupayaan digital negara.

Model kolaboratif ini menggabungkan kepimpinan sektor awam dengan kepakaran industri.

Kementerian Digital secara aktif berinteraksi dengan rakan-rakan strategik untuk menjayakan agenda peningkatan kemahiran, dan mengalu-alukan kerjasama baharu.

Salah satu kelebihan utama adalah kecekapan kos. Rakan-rakan industri menyediakan kandungan bernilai tinggi secara percuma, membolehkan latihan berkualiti tinggi dapat diakses orang ramai tanpa sebarang bayaran, sekali gus meluaskan capaian dan impak.

Susulan kejayaan program AI untuk Rakyat, sebuah program pembelajaran kendiri yang dilancarkan pada 16 Januari 2024 bagi meningkatkan kesedaran mengenai AI, Rakyat Digital kini meluaskan penawarannya.

Lebih sejuta rakyat menyertai program AI untuk Rakyat dalam tempoh enam bulan, melepasi sasaran awal yang ditetapkan. Kesemua pengguna ini kini menjadi sebahagian daripada platform Rakyat Digital, yang kini menawarkan lebih banyak kursus percuma seperti:
• CyberSAFE untuk Rakyat – Mengajar kemahiran asas keselamatan siber untuk melindungi aset digital.
• Generative AI – Menerangkan bagaimana mesin mencipta kandungan asli serta aplikasinya di dalam dunia sebenar.
• Cloud untuk Rakyat – Meliputi model awan, keselamatan, pelaksanaan dan penggunaan praktikal.
• AI Fluency – Memperkenalkan asas AI, penggunaan bertanggungjawab dan kesannya dalam kehidupan harian.
• Blockchain untuk Rakyat – Menjelaskan konsep blockchain, penggunaannya dan peranannya dalam masa hadapan digital Malaysia.

Kursus baharu seperti Data untuk Rakyat dan Quantum untuk Rakyat akan diperkenalkan tidak lama lagi untuk memperdalam lagi pengetahuan digital rakyat.

Melalui inisiatif ini, ia akan memanfaatkan rakyat melalui :
• Kebolehcapaian dan inklusif – Kursus direka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur atau latar belakang, dan termasuk ciri mesra disleksia untuk memastikan tiada yang tercicir.
• Pembelajaran fleksibel – Pembelajaran mengikut kadar sendiri. Tiga kursus kini ditawarkan dalam empat bahasa (bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil) dan usaha sedang dijalankan untuk memperluaskan semua kandungan kepada empat bahasa.
• Pengalaman lancar – Pendaftaran mudah melalui emel atau Google SSO, dengan sijil diberikan selepas tamat kursus.

Dengan perpustakaan kursus yang semakin berkembang dan modul yang mudah diakses, Rakyat Digital memainkan peranan penting dalam menyokong transformasi digital Malaysia. Ia mencerminkan komitmen Kementeri
an Digital dalam membina tenaga kerja yang inklusif dan bersedia menghadapi masa depan serta meningkatkan kedudukan digital negara di peringkat global.-UTUSAN

KEMENTERIAN DIGITAL
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×