Tetapkan masa perjalanan bas, kenderaan berat

Tetapkan masa perjalanan bas, kenderaan berat

KEMALANGAN bas persiaran yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 9 Jun 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini kita di kejutkan dengan kemalangan bas melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kemalangan itu menyebabkan 15 pelajar meninggal dunia. Jumlah itu merupakan yang tertinggi melibatkan kemalangan bas di negara ini. Jadikanlah kemalangan ini sebagai iktibar untuk setiap daripada kita memainkan tanggungjawab yang sepatutnya.
Antara perkara yang perlu dilihat dan dikaji ialah:

• Larangan pemanduan bas penumpang seperti ekspres atau persiaran selepas pukul 10 malam hingga 5 pagi terutama perjalanan yang jaraknya melebihi 250 kilometer (km). Pada waktu sebegini boleh memberi kesan kepada pemanduan apabila memandu dalam keadaan mengantuk.

• Larangan kenderaan besar dan berat di laluan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik. ke Jeli, Kelantan selepas pukul 8 malam. Ini disebabkan bentuk jalan yang sempit, berbukit curam dan bengkang-bengkok.

• Naik taraf laluan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik kepada empat lorong dan di reka bentuk dengan ciri keselamatan yang lebih baik memandangkan ia merentasi Banjaran Titiwangsa dari barat ke timur.

• Fikirkan juga tentang ciri keselamatan seperti tidak menggunakan pagar besi di kiri jalan. Ini kerana ia boleh membawa bahaya. Lebih baik pihak berkaitan menggunakan pokok sederhana besar yang sesuai di tanam di tepi jalan. Thailand sudah melakukan perkara ini dengan menanam pokok sebagai pagar atau penghadang di kawasan-kawasan tertentu bagi mengurangkan impak jika berlaku kemalangan terutama kenderaan yang terbabas. Boleh juga fikirkan untuk menggunakan tiang konkrit setinggi satu meter dengan ukuran lilitan sesuai. Tiang ini perlu dibina setiap dua meter dan di cat putih agar mudah kelihatan di waktu malam.

• Sementara itu laluan khas untuk haiwan liar melintas juga harus dibina agar tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna dan haiwan, seperti mana berlaku baru-baru ini seekor anak gajah mati di langgar lori.-UTUSAN

TEROPONG DO RE ME
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN