KAMPUNG Buluh di Hulu Terengganu telah dipilih sebagai Kampung Angkat Madani Rela Malaysia manakala dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan dan Sekolah Kebangsaan Kemat turut dipilih sebagai Sekolah Angkat Madani. Lebih istimewa, Lokman Effendi Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) adalah bekas pelajar sekolah tersebut pada tahun 1977 hingga 1981. Program ini merupakan salah satu manifestasi kerajaan dalam Belanjawan 2024 bertemakan “Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat”, yang…