PERSATUAN Perhubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PRCA Malaysia) bersama Persatuan Pengamal Perhubungan Awam Malaysia (PRactitioners) melahirkan kebimbangan serius terhadap peningkatan entiti tidak beretika yang mendakwa menyediakan perkhidmatan perhubungan awam (PR). Mereka menarik minat pelanggan dengan janji sensasi seperti ‘liputan media terjamin’, ‘liputan tanpa belanja ribuan ringgit’ dan ‘visibiliti segera dalam masa 24 jam’. Dakwaan seperti ini jelas memesongkan makna sebenar dan prinsip teras PR. Tindakan seperti ini tidak bertanggungjawab dan…