KES kematian guru, Lo Kwan Fong di Johor yang kematiannya hanya diketahui selepas lapan bulan mengejutkan negara. Mayat reput itu dijumpai di pangsapuri Bandar Selesa Jaya, Johor. Kematian ini mengundang seribu persoalan. Di manakah keprihatinan kita dalam kehidupan berjiran? Mengapa mengambil masa terlalu lama untuk ketahui ‘kehilangannya’? Kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang hilang? Jawapannya mungkin satu: kepedulian. Sikap kepedulian atau cakna semakin hilang dalam masyarakat. Dunia semakin sibuk. Nilai kemanusiaan…










