DALAM era digital masa kini, media sosial menjadi medium komunikasi paling dominan dalam kalangan masyarakat, khususnya mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT). Menurut Laporan Digital 2024: Malaysia oleh DataReportal, terdapat lebih 28.68 juta pengguna media sosial di Malaysia, bersamaan 83.1 peratus daripada jumlah penduduk. Dalam kalangan mahasiswa, penggunaan media sosial menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian mereka. Universiti Teknologi Mara (UiTM), sebagai IPT terbesar di Malaysia, mempunyai lebih 170,000 pelajar yang…