TIADA bangsa yang mampu bangkit dengan bermaruah tanpa meletakkan pendidikan di tempat yang tertinggi. Ilmu bukan sekadar alat untuk mendapatkan pekerjaan tetapi asas kepada tamadun, kekuatan ekonomi dan kestabilan sosial. Inilah hakikat yang difahami pemimpin-pemimpin Melayu pasca-kemerdekaan untuk memajukan bangsa Melayu, pendidikan mesti dijadikan senjata utama. Bertitik tolak daripada kesedaran inilah, maka lahirlah pelbagai inisiatif dan dasar pendidikan yang memberi laluan khas kepada orang Melayu. Penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM),…










