CADANGAN untuk memansuhkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan hanya memberi keutamaan kepada Program Matrikulasi Malaysia (PMM) sebagai laluan prauniversiti di Malaysia wajar dibantah sekerasnya. Felo Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong melontarkan cadangan tersebut selepas permintaan golongan bukan bumiputera ke PNM meningkat kerana merasakan program matrikulasi lebih cemerlang berbanding STPM. STPM merupakan program yang terbukti menyumbang kepada penghasilan mahasiswa berkualiti dan pada masa sama membuka ruang kepada golongan marhaen ke universiti. Menurut rekod Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Keputusan STPM 2024 menunjukkan peningkatan Purata Nilai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya