KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) memperkukuh kerjasama antara negara-negara serantau dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa. Sistem pendidikan yang terus berkembang selari keperluan semasa serta institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berkualiti sehingga mendapat penarafan antarabangsa, menjadi faktor utama pelajar-pelajar antarabangsa memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan. Sebagai usaha merealisasikan misi itu, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim telah mengadakan lawatan kerjanya ke Indonesia selama dua hari bermula 11…