FUNGSI utama institusi kehakiman adalah untuk memastikan kepatuhan kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang utama dalam negara kita. Institusi kehakiman bertugas untuk memastikan bahawa semua tindakan dan keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan, penguatkuasa undang–undang atau mana–mana individu berada dalam batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang–undang yang ada dalam negara kita. Institusi kehakiman juga dapat menentukan kesahihan undang-undang sama ada ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan ataupun tidak. Institusi kehakiman…