HAMPIR 34 peratus daripada lesen penjaja di Kuala Lumpur adalah milik peniaga pasar malam. Ini bukan angka kecil. Ini menunjukkan ribuan keluarga bergantung kepada gerai bergerak ini sebagai sumber rezeki utama mereka. Mereka bukan sekadar peniaga kecil. Mereka adalah tukang masak, jurujual, pengiklan, pembekal yang semuanya berada di sebuah pasar malam. Mereka berniaga dalam panas, hujan, kadang-kadang tanpa jaminan sosial atau perlindungan insurans. Tetapi mereka tetap tabah, kerana inilah mata…