TAHUN baharu hijrah yang disambut pada 27 Jun lalu bukan sekadar menandakan permulaan tahun baharu tetapi ia detik kebangkitan jiwa, refleksi perjalanan hati dan seruan kepada umat Islam untuk menghayati makna sebenar hijrah, dalam konteks perubahan menyeluruh daripada kegelapan kepada cahaya, kekakuan kepada kesedarandan dan ego kepada empati. Hijrah bukan semata-mata peristiwa sejarah Nabi SAW berpindah dari Mekah ke Madinah tetapi simbol perjuangan dalaman untuk berubah demi kemaslahatan diri, masyarakat…