Dulu, apabila kita menyebut perkataan ‘persidangan’, gambaran yang sering muncul adalah bilik dewan bercahayakan lampu pendarfluor, kerusi keras berbaris rapi dan tayangan PowerPoint yang terlalu panjang serta suasana sangat tegang. Namun, gambaran itu kini semakin berubah. Ia digantikan dengan ruang yang lebih fleksibel, imersif dan berpandangan ke hadapan. Di seluruh dunia, termasuk Malaysia, menyaksikan transformasi dalam pengurusan acara dengan persidangan dan mesyuarat dirancang dan dijalankan secara moden serta lebih fleksibel.…










