DALAM landskap pendidikan yang semakin mencabar dan kompleks, cadangan untuk mengubah minggu persekolahan pelajar kepada empat hari, manakala guru kekal bekerja lima hari, wajar diberi pertimbangan serius. Dalam model ini, pelajar hadir ke sekolah selama empat hari untuk mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka, manakala hari kelima diperuntukkan untuk pembelajaran kendiri di rumah. Guru pula menggunakan hari kelima untuk menyiapkan bahan pengajaran, menanda buku, menghadiri mesyuarat, menyusun laporan dan menyelesaikan pelbagai…










