Baitulmaqdis merupakan tanah suci yang signifikan kepada umat Islam di seluruh dunia. Tanah yang terletaknya Masjid al-Aqsa bukan sekadar menjadi simbol sejarah Islam, namun kawasan ini juga merupakan simbol akidah dan maruah umat Islam. Hal ini kerana Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj. Malangnya, tanah suci ini sekarang sedang berada di bawah kekejaman Israel yang secara jelas menjajah dan bertindak agresif terhadap…