PERMOHONAN kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik kini dibuka. Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 4 Jun 2025 hingga 4 Julai 2025.
Pembelian nombor PIN tidak diperlukan. Pelawaan ini adalah bagi penawaran 12 program ijazah sarjana muda yang melibatkan 10 program sedia ada dan dua program baharu bagi sesi Akademik I 2025/2026.
Senarai program tersebut adalah seperti berikut:
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Marin dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Senibina dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik Perubatan dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Media Baharu dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dengan Kepujian – PIS
Program Baharu:
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer dengan Kepujian
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
Program ijazah sarjana muda ini ditawarkan di empat buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Tanjong Malim, Perak. Pelawaan tawaran ini dibuka kepada Lepasan Diploma/Diploma Lanjutan Politeknik. Pelajar semester akhir Diploma Politeknik iaitu sesi II 2024/2025 tamat latihan industri juga layak memohon.
Calon-calon daripada lepasan berikut turut dipelawa untuk membuat permohonan:
• Lepasan Diploma Kolej Komuniti. Pelajar semester akhir Diploma Kolej Komuniti (Sesi II: 2024/2025 tamat latihan industri) juga layak memohon
• Lepasan program Asasi TVET Politeknik
• Lepasan program Asasi Sains/ Sains Fizikal/ Kejuruteraan daripada Universiti Awam
• Lepasan Kolej Matrikulasi KPM jurusan Sains/ Kejuruteraan
• Lepasan Diploma Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Teknologi daripada IPTA/ IPTS
• Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
• Pemilik Sijil Apel.A T-6 4
Tarikh-tarikh penting kemasukan dan pendaftaran pelajar program ijazah sarjana muda:
• Tarikh semakan temuduga : 11 Julai 2025
• Tarikh sesi temuduga : 21 – 25 Julai 2025
• Tarikh hebahan tawaran : 29 Ogos 2025
• Tarikh pendaftaran pelajar : 29 September 2025
Permohonan bagi lepasan Diploma Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi daripada IPTA / IPTS, lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pemilik Sijil Apel.A T-6 boleh dibuat mulai 11 Jun 2025 jam 5.00 petang sehingga 4 Julai 2025 jam 12.00 tengah hari.
Maklumat lanjut berkenaan senarai program, kaedah permohonan dan syarat kelayakan boleh diperoleh dengan melayari pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my. – UTUSAN
JABATAN PENDIDIKAN
POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
Kementerian Pendidikan Tinggi