Pertandingan TVET galak lebih ramai penyertaan belia

Pertandingan TVET galak lebih ramai penyertaan belia

PERKUKUH kerjasama dalam memperkasa TVET sebagai pemacu kemajuan ekonomi negara dan pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi, berilmu dan berdaya saing. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTANDINGAN ASEAN TVET Friendly Match 2025 julung-julung kali diadakan di Malaysia terutama dalam bidang pembinaan merupakan pertandingan peringkat ASEAN yang turut melibatkan rakan strategik sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ia bertujuan memupuk ekosistem TVET yang mampan dan inklusif melalui pendedahan peserta kepada Piawaian Pekerjaan WorldSkills (WSOS). Pertandingan ini juga berfungsi sebagai simulasi kepada acara WorldSkills ASEAN ke-14 yang akan diadakan di Manila dan WorldSkills Asia ke-3 di Taipei.

Penganjuran ini adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang menyaksikan penyertaan 40 peserta belia dari 12 negara ASEAN dalam sembilan bidang kemahiran utama seperti kerja bata, pendawaian elektrik, pembuatan kabinet dan kejuruteraan CAD.

Malaysia sebagai negara tuan rumah diwakili oleh 20 peserta muda berkemahiran tinggi daripada institusi TVET seperti Kolej Vokasional, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti dan Akademi Binaan Malaysia.

Malaysia melakar sejarah sebagai negara ASEAN pertama yang menyelaras sistem pengakreditasian TVET di peringkat serantau, selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem kemahiran TVET yang diiktiraf bersama yang berorientasikan industri, seiring dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

KKR menyeru semua agensi dan rakan strategik untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam memperkasa TVET sebagai pemacu kemajuan ekonomi negara dan pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi, berilmu dan berdaya-saing. Pendekatan ini sejajar dengan prinsip yang menekankan penciptaan nilai melalui inovasi, daya saing dan pembangunan berterusan dalam ekosistem pendidikan kemahiran negara. – UTUSAN

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN