KERJASAMA antara Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Kesatuan Eropah (EU) bagi sektor pendidikan tinggi dan jaringan akademik diperkukuh melalui Dialog Polisi dan Sesi Jaringan Akademik yang berlangsung dari 26 hingga 28 Mei 2025 di Brussels dan KU Leuven, Belgium. Program ini menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin institusi pendidikan tinggi, wakil belia serta pakar pendidikan dari kedua-dua rantau bertujuan menyelaraskan keutamaan strategik dan membincangkan dasar berkaitan cabaran bersama seperti transformasi digital,…










