DALAM era digital yang semakin berkembang pesat, e-sukan tidak lagi dilihat sebagai sekadar hobi atau aktiviti rekreasi kerana semakin banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) mengambil langkah menjadikannya sebagai sebahagian daripada struktur kokurikulum. Pakar pendidikan melihat e-sukan sebagai platform yang berpotensi meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran, selain membina kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kerja berpasukan dan komunikasi. Perkembangan e-sukan turut membuka peluang kerjaya dalam pelbagai bidang…










