SIJIL Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan satu titik tolak penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan tamatnya fasa persekolahan menengah, malah menjadi medan penentu hala tuju masa hadapan. Dalam dunia yang semakin kompetitif, kelulusan SPM semata-mata tidak lagi mencukupi untuk bersaing di pasaran pekerjaan. Majikan hari ini lebih cenderung memilih calon yang mempunyai kelayakan lebih tinggi, kemahiran teknikal serta kebolehan berfikir secara kritis. Dengan pendidikan lanjutan, pelajar lebih bersedia…